Rabu, 6 Februari 2013

puteri

Puteri-puteriku
kau belajarlah dengan tekun dan bersungguh-sungguh
capailah cita-citamu dengan gigih dan jaya
bersyukurlah
di sini
kau ada teratak sumaiyyah
untuk kau melepas lelah setelah penat mentelaah
di sini
kau ada teratak rabiatul adawiyah
untuk kau berbincang bersama teman
tentang topik yang payah
supaya segalanya menjadi jelah
disini
kau ada teratak Masyitah
untuk kau menanti ayah
dihujung minggu datang menjengah
kadang membawa kau pulang kerumah
bercuti sambil berjumpa ibu
adik kakak atau abang
melepas rindu setelah penat membaca buku

Puteri-puteriku
kau belajarlah dengan tekun dan bersungguh-sungguh
biar segala yang kau tempuh menjadi ampuh
dari teratak masyitah,sumaiyyah,rabiatuladawiyah
ke teratak halimatus saadiah,ummu aiman,aminah hingga keteratak asiah
laluilah jalan dengan penuh sahsiah
sentiasalah waspada menempuh dunia
berjaga-jagalah akan segala pancaroba
agar hidupmu dahari tua
tiada banyak masalah
agar hidupmu kelak tak menjadi lelah
agar hidupmu sentiasa ada
tidak sepeerti pak cik jaga
yang sentiasa tak cukup serba perkara
yang sentiasa serba tak kena
yang sentiasa kena berjaga-jaga
kerana tak cukup belanja
kerana gaji yang tak seberapa
berapa kali minta tambah gaji asyik bertunda-tunda saja

13/4/2010
9;00mlm
Balai seri budiman
Sultanah bahiyah
``````

Diterbitkan pada Oktober 2012 di laman Facebook PMI USM Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

puteri

Puteri-puteriku kau belajarlah dengan tekun dan bersungguh-sungguh capailah cita-citamu dengan gigih dan jaya bersyukurlah di sini ...