Selasa, 5 Julai 2011

musibah ini

Musibah ini
menyerlahkan  niat hati yang tak serasi  ucapan
gergasi koperat mempaamerkan budi
dengan  bantuan berlori-lori
mengharap simpati untuk tender berjuta
politikus  pun menjuak muka  untuk  memancing simpati
bukan untuk mangsa yang sebelum ini
tiada siapa peduli
orang kampong penghuni setinggan
pelaut petani dan buruh  yang kadang  mengalas daun nipah
atau mengalas tong racun keserata bendang
bekerja sekadar cukup  makan

Musibah ini
menyerlahkan niat hati  yang tak serasi tugasan
menyerlahkan niat hati  yang  mengada-ngada
untuk menggalas sumbang pulang ke rumah
yang tak pernah dibanjiri air
atau  menimbun bantuan diceruk dapur

Musibah ini
Menyerlah niat hati  tak serasi kelakuan
mengintai peluang untuk menggalas  kepunyaan orang

Musibah ini
bukan  untuk kita insafi kemarahan ilahi
pada kita yang  kerap lupa
membanjiri  wajah  dengan  wuduk

sk nyonya 9/11/10

Diterbitkan oleh Akhbar Harian METRO, Varsiti, 10 Februari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

puteri

Puteri-puteriku kau belajarlah dengan tekun dan bersungguh-sungguh capailah cita-citamu dengan gigih dan jaya bersyukurlah di sini ...