Selasa, 5 Julai 2011

lagenda malam

Malam
adalah sekalung mutiara embun
untaian dari sejuta siang
amat tinggi nilainya
menitis pada genta hati
terpercik membasahi keresahan
dinginnya menjerap ke seluruh anggota
yang masih terkapa-kapa
meraba-raba
mencari makna
tersirat tapi tersurat

Diterbitkan oleh Majalah Jelita, Julai 1985

musibah ini

Musibah ini
menyerlahkan  niat hati yang tak serasi  ucapan
gergasi koperat mempaamerkan budi
dengan  bantuan berlori-lori
mengharap simpati untuk tender berjuta
politikus  pun menjuak muka  untuk  memancing simpati
bukan untuk mangsa yang sebelum ini
tiada siapa peduli
orang kampong penghuni setinggan
pelaut petani dan buruh  yang kadang  mengalas daun nipah
atau mengalas tong racun keserata bendang
bekerja sekadar cukup  makan

Musibah ini
menyerlahkan niat hati  yang tak serasi tugasan
menyerlahkan niat hati  yang  mengada-ngada
untuk menggalas sumbang pulang ke rumah
yang tak pernah dibanjiri air
atau  menimbun bantuan diceruk dapur

Musibah ini
Menyerlah niat hati  tak serasi kelakuan
mengintai peluang untuk menggalas  kepunyaan orang

Musibah ini
bukan  untuk kita insafi kemarahan ilahi
pada kita yang  kerap lupa
membanjiri  wajah  dengan  wuduk

sk nyonya 9/11/10

Diterbitkan oleh Akhbar Harian METRO, Varsiti, 10 Februari 2011

tupai

Terlepas tangan kekasih dari dahan oleh letusan peluru
Jatuh ke tanah bersama seulas durian
Mematah hasrat untuk menumpang nikmat Tuhan
Apakah itu balasan manusia ke atas kami
Yang telah lama menyemai benih dari bunga
Hingga ke buah meranum hasil berkoyan
Sedang tanah ladang hutan dengan rakus  kalian gondolkan
Untuk menyendatkan tembolok
Dan kami penghuni berzaman
Mahu menyendal tembolok
Bagaimana…..?

sebuah perkenalan

Embun yang menitis
Membawa lagu bernada sepi
Diseketika sunyi
Adalah
Setitis tinta di hujung pena
Mengukir warna-warna
Antara bicara dan bicara
Sentuhan rasa yang menggetar kalbu
Kemesraan pun dialun
Mengocak ketenangan
Gementar awan dipagut rindu
Lalu
Angin diutus membawa restu

puteri

Puteri-puteriku kau belajarlah dengan tekun dan bersungguh-sungguh capailah cita-citamu dengan gigih dan jaya bersyukurlah di sini ...